Dasar privasi ini; selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 ("Akta PDPM"); menetapkan cara Sime Darby Motors Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat sekumpulan dengannya (secara kolektif, "Sime Motors", "kami" atau "kita") mengguna, memproses dan melindungi sebarang maklumat yang anda berikan kepada Sime Motors.
Sime Motors komited untuk memastikan privasi anda dilindungi. Sekiranya kami meminta anda memberikan data peribadi, maka anda boleh yakin bahawa maklumat tersebut hanya akan digunakan menurut pernyataan privasi ini. Untuk tujuan dasar ini, "data peribadi", "data peribadi sensitif" dan "pemprosesan" masing-masing hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang dinyatakan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pemprosesan data peribadi dan privasi, termasuk jika berkenaan garis panduan dan kod amalan yang didaftarkan dengan atau dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.*
Sime Motors berhak mengubah dasar ini dari semasa ke semasa. Jika kami menukar dasar kami, kami akan meletakkan notis di laman web kami atau sebarang cara lain yang sesuai. Jika anda terus menggunakan servis kami, anda bersetuju dengan perubahan-perubahan yang kami telah melakukan/memasukkan ke dalam dasar privasi kami.
Dasar privasi ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi (termasuk data peribadi sensitif) anda sedang diproses oleh atau bagi Sime Motors dan digunakan untuk semua data peribadi (termasuk data peribadi sensitif) yang dikumpul daripada anda.
1. Apa yang kami kumpul
Dalam urusan anda dengan kami, data peribadi anda (termasuk data peribadi sensitif) sedang dan akan dikumpul daripada anda melalui 'Vehicle Sales Order'/'Retail Customer Order'/'Service Quotation'/'Repair Order'/borang lain yang berkaitan dan/atau daripada maklumat yang anda berikan kepada kami, e-mel anda, dalam sebarang surat-menyurat dengan kami yang termasuk tetapi tidak terhad kepada komunikasi secara bersemuka, telefon, dalam talian, media sosial dan mana-mana media lain, pihak ketiga (seperti bank, syarikat insurans, agensi perujukan kewangan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dan/atau hasil daripada hubungan kami dengan anda.
Kami mungkin mengumpul maklumat berikut:
- Nama, kad pengenalan, lesen memandu, nama syarikat dan jawatan. Sesalinan kad pengenalan anda yang (dalam beberapa bidang kuasa) mungkin mengandungi maklumat berkaitan agama dan dianggap sebagai data peribadi sensitif
- Data biometrik termasuk tetapi tidak terhad kepada cap jari dan/atau imej muka yang dikumpul untuk tujuan pengenalan dan pengesahan, yang dianggap sebagai data peribadi sensitif
- Maklumat hubungan termasuk alamat, nombor telefon dan alamat e-mel
- Maklumat demografi seperti poskod, pilihan dan minat
- Maklumat peribadi/kewangan seperti borang-borang EA, agama, kewarganegaraan, status perkahwinan, tarikh lahir, umur, hobi
- Maklumat lain yang berkaitan dengan pembelian kenderaan bermotor, tinjauan pelanggan dan/atau lain-lain
- Maklumat lain yang anda berikan dalam urusan anda dengan kami dalam apa jua cara, termasuk menurut sebarang transaksi dan/atau komunikasi yang dibuat daripada/dengan kami.
Pemberian data peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, iika anda tidak memberikan kami data peribadi yang diperlukan sedemikian, ia boleh mengakibatkan : (i) kami mungkin tidak dapat memberikan perkhidmatan kami kepada anda dengan berkesan; (ii) kami tidak boleh melakukan atau tidak boleh meneruskan kerja administrasi ataupun melakukan hubungan perjanjian dengan anda; (iii) kami tidak boleh melakukan pemprosesan maklumat peribadi anda untuk sebarang Tujuan; dan/atau (iv) hubungan susunan/perjanjian dengan anda akan ditamatkan, tanpa apa-apa jua liabiliti terhadap kami ("Akibat" secara kolektif).
2. Apa yang kita lakukan dengan maklumat yang kita kumpulKami memproses data peribadi anda untuk memahami keperluan anda dan memberikan anda perkhidmatan yang lebih baik, dan khususnya atas sebab-sebab berikut ("Tujuan"):
- Pemeriksaan dan/atau pendaftaran pemilikan kenderaan bermotor di pihak berkuasa kerajaan dan/atau kawal selia yang berkaitan termasuk PUSPAKOM Sdn. Bhd. (atau syarikat yang telah mendapatkan lesen/kelulusan untuk melakukan kerja penyiasatan ke atas kenderaan bermotor) dan/atau Jabatan Pengangkutan Jalanraya;
- Penyimpanan rekod dalaman termasuk pengemaskinian rekod perkhidmatan selepas jualan kenderaan bermotor kami. Maklumat berkaitan ini akan digunakan oleh kami, pengedar perkhidmatan selepas jualan yang dilantik oleh kami, ejen dan/atau sub-kontraktor kami untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan dan/atau pembaikan yang berkaitan serta untuk berkomunikasi dengan anda mengenai sebarang perkara yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan secara amnya termasuk memberitahu anda tarikh/jarak tempoh untuk servis biasa kenderaan yang akan datang;
- Penambahbaikan produk dan perkhidmatan kami;
- Penyesuaian laman web kami dan/atau mana-mana platform lain seperti media sosial;
- Pengaktifan waranti kenderaan bermotor dengan pengimport/pengedar motor yang berkaitan dan/atau motor/pengilang yang berkaitan di luar negara dan pengaktifan waranti lanjutan kenderaan bermotor dengan syarikat insurans yang berkaitan;
- Penzahiran maklumat anda kepada penyedia perkhidmatan, ejen dan/atau kontraktor dari semasa ke semasa untuk membantu kami menyediakan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kami kepada anda dan anda mempunyai pilihan untuk memilih untuk tidak menerima sebarang maklumat promosi pemasaran langsung daripada kami;
- Menjalani analisis statistik yang termasuk pemberian maklumat peribadi kepada pusat pelanggan servis untuk menjalankan penyelidikan dan analisis agar kami dapat menjalankan pengawalan dan memperbaiki servis yang kami memberi; administrasi dan analisis statistik;
- Pemberian maklumat peribadi kepada bank dan/atau institusi kewangan agar mereka dapat menghubungi anda mengenai pembiayaan pembelian kenderaan daripada kami;
- Memenuhi keperluan undang-undang;
- Pemasaran;
- Pemberian servis dan/atau penjualan produk kepada anda;
- Berkomunikasi dengan anda;
- Aktiviti perniagaan yang sah; dan/atau
- Tujuan tinjauan/penyelidikan pasaran dan pembangunan untuk menambah baik melalui jaminan kualiti dan aktiviti penambahbaikan akibat daripadanya.
3. Perlindungan Maklumat Peribadi
Kami komited untuk memastikan maklumat anda selamat. Untuk mengelakkan akses atau penzahiran yang tidak dibenarkan, kami telah menyediakan prosedur fizikal, elektronik dan pengurusan yang sesuai untuk melindungi dan menjamin maklumat yang kami kumpul daripada anda dan melalui dalam talian.
Kami tidak akan menjual atau memajak data peribadi anda kepada pihak ketiga melainkan kami mendapat kebenaran anda atau dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan.
4. PenzahiranKami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga yang berikut, yang mungkin berada di dalam atau di luar Malaysia. Senarai pihak ketiga boleh diakses melalui pautan
SINI. Senarai pihak ketiga boleh diubah, dipinda dan/atau dikemas kini dari semasa ke semasa. Jika kami mengubah, meminda dan/atau mengemas kini senarai, kami akan meletakkan notis di laman web kami atau sebarang cara lain yang sesuai. Penggunaan berterusan perkhidmatan akan menandakan bahawa anda bersetuju dengan sebarang perubahan tersebut.
Untuk tujuan rujukan mudah, pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:-
- kumpulan syarikat kami, termasuk syarikat gabungan dan rakan kongsi perniagaan kami.
- penasihat kewangan, profesional atau undang-undang kami.
- rakan kongsi perniagaan kami dan pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga, pembekal-pembekal, penjual-penjual, kontraktor-kontraktor, pemproses data atau ejen-ejen yang menyediakan produk dan/atau perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan kami, atau melepaskan atau melaksanakan satu atau lebih daripada tujuan-tujuan di atas yang dinyatakan dalam dasar privasi ini dan tujuan-tujuan lain yang diperlukan untuk mengendalikan dan mengekalkan perniagaan kami.
- bank-bank dan/atau institusi-institusi kewangan untuk tujuan memohon dan mendapatkan kemudahan kredit dan pengaturan sewa beli untuk pembelian kenderaan anda daripada kami, jika perlu.
- pengilang dan/atau syarikat insurans kami, yang akan memberikan waranti yang diperlukan dan/atau waranti lanjutan (jika ada) untuk kenderaan.
- pengedar perkhidmatan selepas jualan yang dilantikan oleh kami, ejen-ejen kami dan sub-kontraktor kami untuk menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang berkaitan dan/atau membaiki kenderaan serta berkomunikasi dengan anda mengenai sebarang perkara yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan secara umum.
- agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, mahkamah, tribunal, badan kawal selia, pengawal selia industri, kementerian, dan/atau agensi atau badan berkanun, pejabat atau perbandaran dalam mana-mana bidang kuasa, jika diperlukan atau diberi kuasa untuk berbuat demikian, untuk memenuhi mana-mana undang-undang yang terpakai , peraturan, perintah atau penghakiman mahkamah atau tribunal atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkaitan.
5. Penyimpanan dan Pelupusan maklumatKami akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh masa yang berikut dan akan melupuskannya selepas itu:
- Sehingga tempoh dua belas (12) bulan selepas tempoh maksimum warranti atau tempoh warranti lanjutan (mana yang berkenaan) kenderaan /alat ganti yang dipasang ke dalam kenderaan dari tarikh:
- kenderaan bermotor didaftarkan ke dalam pemilikan anda; atau
- apabila mana-mana pihak lain memaklumkan kepada kami bahawa dia/mereka adalah pemilik baharu kenderaan bermotor itu;
- Sehingga tempoh dua belas (12) bulan selepas tempoh maksimum warranti atau tempoh warranti lanjutan (mana yang berkenaan) kenderaan /alat ganti yang dipasang ke dalam kenderaan dari:
- tarikh waranti kenderaan bermotor diaktifkan dengan pengeluar motor di luar negara dan/atau tarikh waranti lanjutan kenderaan bermotor itu diaktifkan dengan syarikat insurans; atau
- tarikh akhir kenderaan bermotor dihantar ke pusat servis/bengkel selepas jualan kami untuk kerja-kerja servis dan/atau pembaikan;
- Sehingga tempoh dua belas (12) bulan selepas tarikh akhir kenderaan bermotor dihantar ke pusat servis/bengkel bagi kes yang tiada waranti alat ganti;
- Dua (2) tahun dari tarikh anda menyerahkan maklumat dan/atau butiran anda kepada kami (selain untuk tujuan pembelian kenderaan dan/atau perkhidmatan selepas jualan) melalui penyerahan melalui laman web kami atau mana-mana platform yang lain seperti media social dan sebagainya dan/atau borang kebenaran kami apabila anda melawat kami dan/atau peniaga jualan dan/atau selepas jualan yang dilantikkan oleh kami(s) atau bila anda menarik balik persetujuan anda, yang mana datang terdahulu;
- Enam (6) bulan dari tarikh kenderaan dipandu-uji bersamaan dengan anda;
- Dalam kes Aplikasi Pengalaman Pelanggan Automotif seperti Aplikasi OneGo, dua (2) tahun dari tarikh interaksi terakhir anda dalam Aplikasi; atau
- apa-apa tempoh penyimpanan seperti yang dikehendaki bawah undang-undang atau peraturan-peraturan yang berkenaan.
6. Akses dan Pembetulan data peribadi andaTertakluk kepada peruntukkan undang-undang, anda mempunyai hak untuk:
(a) meminta salinan maklumat peribadi anda yang kami simpan (di mana kami mungkin mengenakan bayaran yang kecil, seperti yang dibenarkan bawah undang-undang yang berkenaan, jika perlu) untuk memberikan anda akses kepada maklumat anda. Jika anda ingin menggunakan hak ini, anda boleh mengemukakan permintaan anda secara penghantaran e-mel kepada alamat e-mel
data.protection@sime.com untuk meminta akses tersebut atau jika perlu, untuk mendapat borang untuk pengisian butiran yang tertera dalam borang tersebut dan untuk menghantar balik secara e-mel kepada alamat e-mel
data.protection@sime.com dengan borang yang telah diisikan dengan butiran yang berkenaan); dan/atau
(b) membetulkan sebarang ketidaktepatan dalam dan mengemaskini data anda (di mana kami mungkin mengenakan bayaran yang kecil, seperti yang dibenarkan bawah undang-undang yang berkenaan, jika perlu). Jika anda ingin menggunakan hak ini, anda hendaklah mengemukakan permintaan anda secara penghantaran e-mel kepada alamat e-mel
data.protection@sime.com untuk meminta pembetulan dan/atau pengemaskinian tersebut atau jika perlu, untuk mendapat borang untuk pengisian butiran yang tertera dalam borang tersebut dan untuk menghantar balik secara e-mel kepada borang e-mel
data.protection@sime.com dengan borang yang telah diisikan dengan butiran yang berkenaan).
Kami akan memberi jawapan kepada anda dalam tempoh masa dua puluh satu (21) hari dari tarikh kami menerima permintaan bertulis anda yang anda mungkin menghantar secara pos kepada alamat surat-menyurat yang tertera di dalam perenggan no. 14 di bawah atau e-mel kepada alamat e-mel yang tertera di dalam perenggan no. 14 di bawah.
Kami mungkin menolak untuk memproses sebarang 'data access request' atau 'data correction request' dan akan memberitahu anda secara bertulis yang menyatakan penolakan bersamaan dengan sebab-sebab penolakan kami.
7. Hak-hak andaSecara tambahan kepada yang ternyata di atas, dan tertakluk kepada peruntukan Akta PDPM, anda juga mempunyai hak untuk:
- meminta kami untuk mengehadkan pemprosesan dan penggunaan maklumat peribadi anda;
- meminta kami untuk memberhentikan pemprosesan ataupun tidak bermula melakukan pemprosesan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran dan bahan promosi. Jika bantahan anda bukan terhadap pemasaran langsung secara umum, tetapi terhadap pemasaran melalui saluran tertentu (sebagai contoh, sms, e-mel atau telefon), sila nyatakan saluran yang anda bantah; dan/atau
- memaklumkan kepada kami melalui notis bertulis mengenai penarikan anda (sepenuhnya atau sebahagian) persetujuan anda yang diberikan kepada kami untuk memproses maklumat peribadi anda, tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah untuk penarikan balik kebenaran itu dilaksanakan; dan
- dengan menghubungi kami dengan cara seperti yang diterangkan dalam perenggan 14 di bawah.
Sekiranya anda mengehadkan pemprosesan atau memberhentikan kebenaran kepada semua atau sebahagian maklumat peribadi anda, ia mungkin menyebabkan mana-mana Akibat (seperti yang dinytakan dalam perenggan 1 di atas).
8. Dasar Privasi yang lainAnda mungkin melawat laman web kami dan/atau mana-mana platform yang lain seperti media social dan sebagainya, di mana anda mungkin memasuki pautan akses atau fungsi yang diberikan oleh syarikat perniagaan yang lain (seperti pengilang kenderaan, bank dan/atau institusi kewangan) yang berada dalam laman web kami dan/atau mana-mana platform yang lain seperti media social dan sebagainya. Syarikat perniagaan yang lain mempunyai dasar privasi masing-masing yang berkenaan dengan pemprosesan, kegunaan dan penyimpanan maklumat peribadi anda. Sila merujuk, baca dan memahami dasar privasi mereka (
"dasar privasi yang lain") sebab maklumat peribadi anda akan tertakluk kepada terma dan kondisi yang tertera dalam dasar privasi yang lain.
Oleh demikian dasar privasi yang lain di bawah kawalan syarikat perniagaan yang lain, kami:-
(a) tidak mengawal ataupun dapat kawal/mempunyai pengaruh bagaimana syarikat perniagaan yang lain mengguna, mengurus dan/atau menyimpan maklumat peribadi anda.
(b) tidak akan dipertanggungjawabkan untuk syarikat perniagaan yang lain yang memproses, mengguna dan/atau menyimpan maklumat peribadi anda.
9. Data Peribadi yang berkaitan dengan individual yang lainKami mungkin memerlukan bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Tujuan tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami bila dikehendaki.
Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca dasar ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadinya untuk mana-mana Tujuan sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.
10. Pemberian data peribadi bagi pihak andaJika orang lain memberikan/mengemukakan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju bahawa anda telah memberi kebenaran untuk pemberian/pengemukaan data peribadi anda dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh kami selaras dengan dasar ini.
11. Pindahan ke luar MalaysiaKami mungkin memindahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga yang berikut yang berada di luar Malaysia dan anda memberikan kebenaran kepada pemindahan tersebut:
- prinsipal-prinsipal, pengilang-pengilang dan/atau penyedia-penyedia perkhidmatan pihak ketiga, pembekal-pembekal, penjual-penjual, kontraktor-kontraktor, pemproses-pemproses data dan/atau ejen-ejen bagi tujuan menyediakan produk dan/atau perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan kami, bagi melaksanakan satu atau lebih tujuan yang dinyatakan dalam polisi privasi ini, dan/atau tujuan lain yang diperlukan untuk mengendalikan dan mengekalkan perniagaan kami.
- pengilang dan/atau syarikat insurans, yang akan memberikan waranti yang diperlukan dan/atau waranti lanjutan (jika ada) untuk kenderaan.
- penyedia-penyedia perkhidmatan pihak ketiga, pembekal-pembekal, penjual-penjual, kontraktor-kontraktor dan/atau pemproses-pemproses data bagi tujuan penyimpanan dan sandaran data.
12. Maklumat peribadi mesti tepat, lengkap dan terkiniAnda adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat peribadi yang diberikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan yang terkini.
13. Konflik
Sekiranya terdapat sebarang konflik antara versi Bahasa Inggeris dasar privasi ini dengan versi yang diterjemahkan dalam bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
14. Pertanyaan dan aduanJika anda ingin menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau komen berkenaan dengan maklumat peribadi anda, sila menghubungi kami secara e-mel ataupun penghantaran surat kepada pegawai pelindungan data kami seperti berikut:
- Jawatan: Pegawai Perlindungan Data Sime
- Telefon nombor: 03-7623 2000
- Alamat e-mel: data.protection@sime.com
- Alamat surat-menyurat: Level 9, Menara Sime, Oasis Corporate Park, Jalan PJU 1A/2, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.